Thursday, December 15, 2011

log - 23/12/2010 -day 1

hari ini merupakan hari yang tidak akan aku lupakan sepanjang hayat, ketika ini aku berada di rumah mertuaku di kota lama kiri , jam 4.00 pagi, tetiba terasa seperti ada air yang mengalir , bila bangun nampak air tersebut mengalir bercampur darah, aku terkejut terus menjerit mengejutkan suamiku.

Perasaan bercampur baur dan sangat takut kerana kalau diikutkan bukan masa untuk bersalin lagi. Usia kandunganku baru 7 bulan lebih kira-kira 30 minggu.

Lebih kurang 4.30 pagi , aku dan suami bergegas ke Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan selanjutnya, Setelah diperiksa oleh doktor dan jururawat bertugas mereka membuat keputusan untuk memindahkan aku ke Hospital Taiping kerana kedudukan uri ku dibawah, PLACENTA PREVIA TYPE 3 (PP TYPE 3). Semasa dalam prose tersebut pelbagai soalan ditanya, jenuh juga menjawabnya, PERINGATAN -sebolehnya tanggalkan semua barang kemas sebelum pergi ke hospital, kerana aku lupa segala prosedur , menjadi masalah pula nak menanggalkan semua barang kemas, terpaksa memanggil suamiku masuk untuk membantu, TIADA JAMINAN KESELAMATAN sebab masa ini di kira tempoh kelam kabut, takut tersalah letak dan sebagainya.

Jam 6.00 pagi dengan menggunakan ambulan dan 2 jururawat pengiring aku di bawa ke Hospital Taiping, akhirnya merasa juga naik ambulan haha....masa ini aku tidak merasa sakit cuma perasaan ahak takut dan berdebar, tidak tahu apa akan terjadi nanti. laju betul ambulan nie.

Setengah jam kemudian, setelah sampai, doktor Karen memeriksa keadaan ku, setelah imbasan dibuat, Doktor Karen memberitahu bahawa, keadaanku masih terkawal dan tiada apa yang perlu di risaukan buat masa ini. Emosi aku juga menjadi sedikit tenang, suamiku juga telah sampai ke Hospital Taiping.

Jam 7.00 pagi, aku ditempatkan di wad HDU dan disuruh berpuasa sampai tengahari, kerana keadaan aku masih dalam tempoh berjaga-jaga, jika berlaku pendarahan, pembedahan kecemasan akan dilakukan. aku juga dimasukkan air sebotol.

Tengahari, keadaan aku semakin stabil, bayi dalam kandungan juga satbil dan aktif menendang-nendang, seeprti tidak sabar melihat dunia , sabarlah sayang, ibu pun tak sabar nak mendakap anak kesayangan nie. Kemudian aku di pindahkan ke WAD kelas 3 , memandangkan GL (guarantee letter) masih belum ada, suami aku pulang ke Kuala Kangsar untuk menguruskan surat tersebut.

Sebelah petang aku di pindahkan ke wad kelas dua, hanya 6 orang sebilik, lebih selesa, harap tiada pendarahan lagi. mak, dira dan suami datang melawat aku, suami setia menunggu ku sehingga jam 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment