Thursday, December 15, 2011

log-26/12/2010-day 4


Pendarahan berlaku jam 1 pagi, jururawat yang bertugas mengambil langkah yang sewajarnya, pukul 11 pagi aku dipindahkan ke wad HDU semula untuk pemantauan lebih rapi.

aku juga di suruh berpuasa, Ya Alllah, semoga semua ini dipermudahkan. tidak banyak yang dicatitkan hari ini kerana keadaan ku yang tidak mengizinkan.

log-25/12/2010-day3

pagi ini bangun agak lewat, terus mandi dan mengaji,

sarapan- bihun + telur + air kopi
tengahari-ikan dan tauge masak lemak

doktor yang merawat terus memberi motivasi agar aku terus kuat dan bertahan sehingga sampai waktu yang tepat untuk bersalin.

doaku harap semua berjalan dengan baik, dengan sokongan suami dan keluarga aku semakin bersemangat untuk mengharungi dugaan ini.

log-24/12/2010-day2


hari ini, hari kedua aku berada di Hospital Taiping, alhamdulillah keadaan aku nampaknya baik, tiada pendarahn, baby pun ok n aktif.

Doktor yang memeriksa aku memberi sedikit ceramah mengenai keadaan aku, kondisi akau boleh berubah dalam sekelip mata, jadi kena sentiasa berhati-hati dan tidak banyak bergerak. doaku agar semua berjalan lancar. jadual imbasan ditetapkan pada 6 januari 2011, menghitung hari laa nampak gayanyer...jika semua ok, aku akan dibenarkan pulang kerana jangkaan bersalin adallah pada 26 februari 2011.

semuanya masih awal.sebelah petang suami ku, abang ipar deris dan kakak ipar kak da datang melawat.

Malamnya emosi jadi tidak stabil, takut, risau macam-macam perasaan yang datang dan bercampur baur, aku membaca yasin untuk menenangkan hati.

log - 23/12/2010 -day 1

hari ini merupakan hari yang tidak akan aku lupakan sepanjang hayat, ketika ini aku berada di rumah mertuaku di kota lama kiri , jam 4.00 pagi, tetiba terasa seperti ada air yang mengalir , bila bangun nampak air tersebut mengalir bercampur darah, aku terkejut terus menjerit mengejutkan suamiku.

Perasaan bercampur baur dan sangat takut kerana kalau diikutkan bukan masa untuk bersalin lagi. Usia kandunganku baru 7 bulan lebih kira-kira 30 minggu.

Lebih kurang 4.30 pagi , aku dan suami bergegas ke Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan selanjutnya, Setelah diperiksa oleh doktor dan jururawat bertugas mereka membuat keputusan untuk memindahkan aku ke Hospital Taiping kerana kedudukan uri ku dibawah, PLACENTA PREVIA TYPE 3 (PP TYPE 3). Semasa dalam prose tersebut pelbagai soalan ditanya, jenuh juga menjawabnya, PERINGATAN -sebolehnya tanggalkan semua barang kemas sebelum pergi ke hospital, kerana aku lupa segala prosedur , menjadi masalah pula nak menanggalkan semua barang kemas, terpaksa memanggil suamiku masuk untuk membantu, TIADA JAMINAN KESELAMATAN sebab masa ini di kira tempoh kelam kabut, takut tersalah letak dan sebagainya.

Jam 6.00 pagi dengan menggunakan ambulan dan 2 jururawat pengiring aku di bawa ke Hospital Taiping, akhirnya merasa juga naik ambulan haha....masa ini aku tidak merasa sakit cuma perasaan ahak takut dan berdebar, tidak tahu apa akan terjadi nanti. laju betul ambulan nie.

Setengah jam kemudian, setelah sampai, doktor Karen memeriksa keadaan ku, setelah imbasan dibuat, Doktor Karen memberitahu bahawa, keadaanku masih terkawal dan tiada apa yang perlu di risaukan buat masa ini. Emosi aku juga menjadi sedikit tenang, suamiku juga telah sampai ke Hospital Taiping.

Jam 7.00 pagi, aku ditempatkan di wad HDU dan disuruh berpuasa sampai tengahari, kerana keadaan aku masih dalam tempoh berjaga-jaga, jika berlaku pendarahan, pembedahan kecemasan akan dilakukan. aku juga dimasukkan air sebotol.

Tengahari, keadaan aku semakin stabil, bayi dalam kandungan juga satbil dan aktif menendang-nendang, seeprti tidak sabar melihat dunia , sabarlah sayang, ibu pun tak sabar nak mendakap anak kesayangan nie. Kemudian aku di pindahkan ke WAD kelas 3 , memandangkan GL (guarantee letter) masih belum ada, suami aku pulang ke Kuala Kangsar untuk menguruskan surat tersebut.

Sebelah petang aku di pindahkan ke wad kelas dua, hanya 6 orang sebilik, lebih selesa, harap tiada pendarahan lagi. mak, dira dan suami datang melawat aku, suami setia menunggu ku sehingga jam 6.30 petang.

Saturday, December 10, 2011

salam perkenalan semua



alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat untuk membuat blog untuk anak saya yang pertama yang diberikan nama Ahmad Ra'ees bin Saiful Nizal. Dilahirkan pada 30/12/2011.

beliau mempunyai kisah istimewanya sendiri , akan saya muat naik perlahan-lahan, kerana semuanya saya catitkan didalam log book .:D